Shortcut menu
Main menu shortcuts
Skip to content

home Dongwha Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

Terima kasih kerana melayari laman web Dongwha Malaysia.

Saya ingin mengucapkan terima kasih bagi pihak warga kerja Dongwha Malaysia. Dongwha bermula di Malaysia pada Oktober 2003 dengan satu MDF line. Sejak itu, Dongwha secara agresif memperluaskan bisnes MDF di Malaysia.

Sehingga hari ini, kami mempunyai 2 MDF line, dan 1 Kilang Resin serta menjadi salah satu syarikat MDF yang terbesar di Malaysia.

Dongwha sentiasa mencabar kami untuk memenuhi jangkaan pelanggan dari segi produk dan perkhidmatan. Menyedari hakikat ini, kami menumpukan kepada penghasilan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi tanpa kompromi.

Pekerja adalah tonggak syarikat kami. Mereka adalah pemimpin yang mempunyai pemilikan yang tinggi terhadap perniagaan, terus memajukan diri dan keluarga mereka, dan yang sentiasa membuat perubahan kepada pelanggan dan lain-lain.

Visi Dongwha adalah pembimbing aspirasi Dongwha bagi merealisasikan sasaran kami untuk menjadi antara syarikat panel kayu terbesar di dunia. Dalam merealisasikan wawasan ini, pekerja kami akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik melampaui jangkaan pelanggan dan pesaing kami. Dongwha juga komited dan sentiasa meletakkan fokusnya dalam arena keselamatan, warga korporat dan alam sekitar.

Akhir sekali kami ingin membawa lebih banyak kegembiraan kepada orang di sekeliling dan diiktiraf sebagai sebuah syarikat yang masyarakat inginkan. Bagi pihak Dongwha Malaysia, saya menyeru sokongan dan galakan dari anda semua. Terima kasih.

Dongwha Malaysia / General Director / LEE JAESUN