Shortcut menu
Main menu shortcuts
Skip to content

home Dongwha Dongwha Malaysia

Dongwha Malaysia

Dongwha Malaysia Sdn. Bhd. (DWMY), sebelum ini dikenali sebagai Golden Hope Fibreboard Sdn. Bhd. adalah salah satu perintis awal industri MDF di Malaysia memulakan operasi pada tahun 1993. Dongwha Enterprise Company Limited, sebuah syarikat yang berdaftar di Korea, mengambil alih modal saham dan menubuhkan usaha sama dengan Golden Hope pada 2003. Mempunyai 2 kilang yang terletak di Nilai dan Merbok, kilang ini melengkapkan Dongwha Malaysia (DWMY) sebagai salah satu pelopor dalam industri pembuatan panel kayu di Malaysia. Kami membuat MDF (papan gentian berketumpatan sederhana) dengan jumlah kapasiti 310,000 ㎥.

Kilang terletak di Nilai diambil alih dari Golden Hope pada Julai 2003 adalah tapak DWMY yang pertama untuk operasi kami dan menjurus kepada pembuatan MDF dengan kapasiti produk tahunan 180,000 ㎥ setiap tahun. Pada bulan November 2006, DWMY mengambil alih Merbok MDF, yang terletak di Kedah Darul Aman. Ia merupakan kilang yang serba lengkap dengan sistem press Siempelkamp Contiroll 2.74X18M yang membolehkan DWMY untuk mempunyai kapasiti tambahan 130,000㎥ (MDF).

Selain daripada mejurus kepada pembuatan MDF, Dongwha juga mengambil alih kilang resin Merbok MDF pada November 2006. Produk utamanya adalah formalin, resin & LPL (Laminasi Tekanan Rendah). Memahami kehendak pelanggan dan sentiasa satu langkah mendahului para pesaing kami dalam memenuhi keperluan pelanggan adalah penting dalam persekitaran bisnes yang berubah dengan pesat di samping kami mengutamakan kepuasan pelanggan dengan menjadi inovatif dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi.

Ditubuhkan pada
14/10/1989
Telefon
Kilang Nilai +60-6-799-3000
Kilang Merbok +60-4-457-3070
Lokasi

Nilai Plant
Lot 3726 & 3728, Nilai Industrial Estate, Mukim Setul, Daerah Seremban, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Merbok Plant
Lot 2998, Jalan Raya Merbok, 08400 Merbok, Kedah Darul Aman, Malaysia