Shortcut menu
Main menu shortcuts
Skip to content

home Dongwha Pengenalan Kumpulan Dongwha

Pengenalan Kumpulan Dongwha

Kumpulan Dongwha

Dongwha ditubuhkan pada 1948 sebagai pengeluar berasaskan kayu bernama Dongwha Enterprise Co., Ltd. Sejak itu ia telah berkembang menjadi sebuah syarikat dengan kehadiran pelbagai produk di pasaran, seperti papan kayu, bahan kimia, bahan binaan, pembuatan rumah dan kereta.

Dongwha telah mewujudkan kedudukan teguh dalam pasaran tempatan dan global melalui anak syarikat domestik, seperti Dongwha Enterprise, Daesung Wood dan Dongwha MPark, dan pangkalan pengeluaran di luar negara seperti di Malaysia, Vietnam, dan Australia.

Bisnes Bahan Kayu Bersepadu, Dongwha Enterprise

Dongwha Enterprise, pengeluar bahan kayu terkemuka, bertindak sebagai asas dan teras dalam bidang perniagaan di Kumpulan Dongwha. Ia telah memperluaskan bidang perniagaan, termasuk bahan kimia, lantai dan bahan binaan dan pembinaan rumah, dengan menggunakan produk yang mempunyai nilai tinggi dan kepakaran teknologi. Sejak tahun 2000 ia telah mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran Asia Pasifik melalui pengembangan global.

Paradigma baru budaya kereta, Dongwha M Park

Dongwha M Park ditubuhkan sebagai tapak paradigma budaya kereta untuk pembangunan automobile after market sebagai enjin pertumbuhan masa depan Dongwha.

Pada tahun-tahun yang akan datang, kami akan berusaha untuk mempertingkatkan kecanggihan industri kayu iaitu teras kekuatan Dongwha ini. Kami juga berhasrat untuk mengembangkan perusahaan ke arah yang baru dan yang boleh dipercayai di samping memupuk kegembiraan bersama-sama dengan pelanggan-pelanggan kami melalui pertumbuhan automobile after market, sebagai ruang perniagaan baru.

Mendahului era penumpuan media, Hankook Ilbo

Bidang media, enjin pertumbuhan baru Dongwha akan membuka era penumpuan media sekitar Hankook Ilbo.

Hankook Ilbo akan berkembang sebagai rumah media yang boleh dipercayai dengan membina platform berita bersepadu yang meliputi keseluruhan rangkaian media termasuk akhbar tradisional serta komputer dan internet mudah alih. Hankook Ilbo bertujuan untuk mewujudkan kandungan berita yang berkualiti tinggi, menggunakan tenaga kerja dan kepakaran Dongwha dalam pengurusan inovatif.